Wednesday, 19 September 2012

Panduan Meletakkan Harga Kek / Cupcake / Biskut / Kuih

FORMULA UNTUK MELETAK HARGA KEK/KUIH/BISKUT 

1.  Untuk sesuatu resipi yang digunakan, listkan semua bahan-bahan yang digunakan untuk membuat resipi tersebut.  Sebagai contoh Diana lampirkan list yang Hasnee telah lakukan untuk resipi Carrot Cake Kak Suria.  2 adunan resipi ini menghasilkan 8 loyang bulat.

Harga barang yang diperlukan

Karot 2 btg = RM1.00
Walnut 150gm = RM5.50
Tepung 1/2 kg  = RM1.00
minyak 3 cawan = RM1.80
gula perang 600gm = RM2.00
cream cheese Phildlp 250g = RM6.50
butter 250g = RM2.50
gula pasir = RM0.70
Bekas tu 1.00 x 8 = RM8.00 
Bunga kertas = RM1.00
Letrik & Upah = RM5.00

JUMLAH KESELURUHAN RM35.00

2.  Bila sudah mendapatkan Jumlah Keseluruhan gunakan ratio 1.3 - 1.8, terpulang pada anda berapa banyak untung yang anda mahukan.  Sebagai contoh Carrot Cake ini Diana menggunakan 1.3.

Formula

RM35.00 (Jumlah Keseluruhan) x 1.3 (Ratio) = RM45.50 (Hasil Untung yang Diambil)

RM45.50 (Hasil Untung) + RM35.00 (Jumlah Keseluruhan) = RM80.50

Jadi bila dapat menghasilkan 8 loyang bulat = RM80.50 dibahagikan 8 = RM10 (+-)
 

So harga yang dapat anda tetapkan untuk 1 loyang bulat Carrot Cake berserta Cream Cheese Frosting dan juga hiasan bunga kertas diatasnya adalah = RM10

Ratio yang Diana berikan dari 1.3 - 1.8 adalah sesuai untuk kita tidak mengambil untung yang terlalu berlebihan.  Tetapi sekiranya pada musim perayaan harga barang yang digunakan naik melambung anda boleh revise ratio kepada 2.0 - 2.2.  Jangan terlalu letak harga yang terlalu tinggi untuk kek/kuih/biskut anda memadai dengan dapat untung sedikit dan buat dengan hati yang ikhlas dan dengan tujuan ingin berniaga insyallah, rezeki dari Allah swt akan dapat pada semua.

Sumber: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=189435

Wednesday, 12 September 2012

07. Gubahan Bunga


Berikut adalah beberapa tugas asas yang terlibat dalam perniagaan menjual bunga: 
- Membuat tempahan dan menerima bekalan bunga dari pembekal
- Mengeluarkan bekalan apabila ia sampai (andaikan anda telah berada di tahap di mana anda perlu menyimpan bekalan)
- Membersihkan, merawat dan menjaga bunga supaya tahan lebih lama
- Menyiram bunga dan tumbuh-tumbuhan lain
- Melayan pelanggan, memberi nasihat kepada pelanggan mengenai kombinasi warna, gubahan dan sebagainya
- Meletakkan harga dan memperagakan gubahan dengan menarik
- Menjawab panggilan telefon
- Menerima tempahan dan membuat rekaan baru untuk diperagakan
- Mengemaskan ruang bekerja
- Mengemaskinikan rekod dan akaun




Teknik Asas Gubahan Bunga 
Berikut adalah beberapa kemahiran asas dalam gubahan bunga yang anda perlukan untuk memulakan satu perniagaan menjual bunga dari rumah yang berjaya:

Gubahan berbentuk horizontal atau mendatar – bunga diletakkan dalam bekas rendah dan mendatar. Gubahan ini tidak tinggi dan mengandungi campuran beberapa jenis bunga kecil, daun paku-pakis dan pengisi.
Gubahan berbentuk vertical atau menegak – bunga-bunga yang mempunyai tangkai yang panjang biasanya diletakkan dalam bekas bunga yang tinggi dan mengandungi campuran beberapa jenis bunga bersaiz sederhana hingga besar.
Gubahan berbentuk tiga segi – apabila diletakkan dalam bakul, gubahan ini membentuk segitiga.
Gubahan meja – anda boleh mencuba dengan beberapa jenis bunga yang berlainan, serta bekas bunga, bakul atau botol bergantung kepada jenis majlis yang memerlukan gubahan anda.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan
Apabila anda telah memperlengkapkan diri dengan pengetahuan asas yang diperlukan, anda perlu juga memperlengkapkan diri dengan bahan-bahan yang diperlukan dalam perniagaan ini. Secara amnya, bahan-bahan yang anda perlukan dalam perkhidmatan penjualan bunga ini adalah: kedai atau lokasi jualan, sistem penyejukan (pada peringkat lanjut), bunga, tumbuh-tumbuhan lain, bekalan bunga dan produk-produk lain yang anda hendak jual. Berikut adalah senarai bahan-bahan dan harganya untuk anda memulakan perniagaan menjual bunga dari rumah.

Bahan-bahan

Lingkungan Harga
Pembekal Bahan-Bahan
Gunting dan pemotong pelbagai saiz
RM 7 – RM20
Alice Art Shop
03 – 3343 9266

Blooming Florist
03 – 7955 5800
Taman Bunga Damai
03-8736 4363

SayangYou (pemborong)
Pusat Sayang You
Lot U5, Tingkat U5
Semua House Jalan Bunus 6, 50100 Kuala Lumpur
Tel: 03 - 2692 1111 / 2698 9821 2698 2393
Fax: 03 - 2698 11 88
Sayang You Station Sdn. Bhd.
Lot No. 2, Tingkat 2 Pasar Besar Giant (Ulu Klang) Sdn Bhd. Taman Permata, 53300 Kuala Lumpur.
Tel / Fax: 03 - 4108 8263
Sayang You Station Sdn. Bhd.
Lot F 2.33, Ruang Legar Carrefour.Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur
Tel : 03-4143 4733
Fax : 03 - 4143 4722


Fah & Company
No. 7, Jalan Cheng Lock, 50000 Kuala Lumpur
Tel : 03 - 20784726

Lee Wah Florist Sdn Bhd
129, Jalan Tun H.S. Lee, 50000 Kuala Lumpur.
Tel : 03-20782822

(Anda boleh juga mendapatkan kebanyakan daripada bekalan ini kebanyakan kedai barangan logam di kawasan berdekatan anda).
Playar
RM5 - RM35
Dawai (jenis yang berlainan bagi keperluan yangberlainan) (untuk membentuk bunga)
RM7 setiap peket
Kasa dawai
Bergantung kepada jumlah yang diperlukan.
Pelekat hijau
RM0.80 segulung
Bekas bunga
RM3 – RM5
*anda boleh juga mengitar semula bekas majerin bagi gubahan basah. 
Bakul
RM10 - RM35
Tempat berdiri (logam)
RM35 - RM50
Span (gubahan basah)
RM3 – RM5
Span (gubahan kering)
RM 3 – RM5
Pembungkus plastik berwarna-warni
RM5 – RM12 semeter
Reben
RM4 – RM10 semeter
Bunga-bunga kering
RM20 ke atas setangkai

Bunga tiruan
RM7 ke atas setangkai
Bunga segar
RM8 – RM12.50 (2 dozen)
Paku-pakis
RM5 – RM7
Pengisi
-Baby’s breath, bunga-bunga kecil
RM6 – RM8


SUMBER: http://www.ehomemakers.net/my/article.php?id=26


TUTORIAL BERGAMBAR
1. http://khidmatgubahanhantaran.blogspot.com
2. http://wanhazel.blogspot.com/2012/01/tutorial-gubahan-bunga-dengan-wang.html
3. http://bitsbest.blogspot.com/2012/01/gubahan-bunga-ros.html

KURSUS
1.
Lee Flower http://www.leeflower.com/Kursus_Gubahan_Bunga.htm
No. 70, Jalan SS 15 / 4, Subang Jaya, 47500 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel:03-56370668, 
Fax:03-56376118


Wednesday, 8 August 2012

06. Menjadi Penulis

Tips Menjadi Penulis Kreatif

1. Disiplin Diri
Anda perlu ada disiplin diri yang tinggi. Ini ada kaitan dengan penggunaan masa. Sekiranya anda tidak berdisiplin, maka anda tidak akan bertemu dengan masa untuk menulis. Dalam hal ini jua, anda tidak boleh berputus asa sekalipun sudah banyak kali mencuba dan tidak menjadi. Dengan disiplin diri yang baik, anda akan terus mencari masa dan membuat semakan bagi membolehkan anda menulis.




2. Imej Penulisan
Anda perlu mencari suatu imej yang anda ingin tonjolkan dalam penulisan anda. Imej ini ada kaitan dengan ‘genre’ yang anda pilih dan juga diri anda sendiri. Jangan tiru imej orang lain kerana ia tidak sesuai kalau tidak kena dengan diri anda itu. Ingat… imej inilah yang akan kekal dengan pembaca nanti.

3. Kajian
Sebagai penulis kreatif, anda perlu rajin. Anda wajib lakukan kajian, mencari fakta yang tepat dan seterusnya mencari bahan yang sesuai untuk penulisan anda. Tidak kiralah apa ‘genre’ nya dan apa imej yang ingin anda ketengahkan, anda mesti lakukan kajian. Jangan main agak-agak. Penulis mesti andaikan pembacanya adalah terdiri daripada orang yang bijak pandai dan kerana itu juga penulis tidak boleh ‘acuh tak acuh’ dalam membentangkan apa sahaja maklumat dalam penulisannya.

4. Mata dan Hati
Tulislah dari mata dan hati anda. Tulis perkara-perkara yang anda lihat dan juga anda rasai. Cari bahan-bahan yang dekat dengan hati anda agar apa yang anda tulis itu sangat berkesan untuk pembaca. Tidak kiralah penulisan itu jenis inspirasi atau novel.

5. Belajar
Dalam proses penulisan, anda mesti anggap diri anda sedang belajar. Sebagai manusia, kita tidak lengkap dan kerana itu kita perlu terus belajar perkara yang baru. Belajarlah dari mereka yang lebih tahu, dari teman-teman dan juga dari pembaca. Belajar juga dari buku-buku dan maklumat yang terdapat di Internet.

6. Kelengkapan yang Sesuai
Untuk menulis dengan efektif dan selesa, anda perlukan kelengkapan dan alat yang sesuai seperti komputer, kerusi dan meja, kamus, buku rujukan, tempat dan suasana yang boleh membawa inspirasi kepada anda.


7. Perancangan
Buat perancangan tentang subjek yang anda ingin tuliskan. Pastikan objektifnya. Perancangan penulisan ialah seperti menguruskan sebuah projek.


8. Konsep dan Tema
Anda perlu tahu konsep dan tema anda. Kalau tidak pasti, cari maklumat sebelum menulis. Pastikan dalam hal ini anda pentingkan kelainan. Jangan buat apa orang lain sudah lakukan.


9. Tajuk Tentatif
Tajuk atau judul sementara perlu ada. Ini akan memudahkan kerja anda. Perlu ingat bahawa judul ini adalah sementara sahaja kerana biasanya pihak penerbit akan menukar mengikut keperluan semasa.


10. Jalan Cerita
Tidak kira apa jenis penulisan anda (kecuali ilmiah), anda perlukan gambaran jalan cerita yang ingin diaturkan dalam penulisan anda.

11. Watak
Bagi penulisan buku cerita atau novel, anda perlu tahu watak-watak yang akan berperanan dalam penulisan anda. Aturkan watak utama dan kemudiannya watak-watak sampingan. Anda perlukan deskripsi watak-watak ini, misalnya gambaran fizikalnya, kelakuannya, teman-temanya, ahli keluarga dan sebagainya.

12. Lokasi
Bagi penulisan fiksyen, anda perlu tahu lokasi yang anda ingin gambarkan dalam penulisan. Tidak kira sama ada cerita itu berbentuk sci-fi, dogeng atau ‘present date’, anda perlu gambarkan latar tempat.

13. Ringkasan Plot
Untuk mudahkan penulisan, terutama bagi penulisan manuskrip fiksyen, eloklah anda aturkan ringkasan plot anda agar anda tidak keliru nanti.

14. Mesej
Pastikan penulisan anda membawa mesej-mesej tertentu yang akan memberi makna kepada pembaca.

15. Unsur Saspens
Dalam sebuah penulisan fiksyen yang baik, unsur turun naik perlu ada. Detik-detik saspens dan unsur berteka-teki akan menguatkan jalan cerita anda. Pastikan anda tahu di mana letak klimaks cerita anda itu.

Sumber: http://www.karnadya.com.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=94:tip-tip-untuk-jadi-penulis-kreatif&catid=55:tips&Itemid=198



Contoh manuskrip yang mengikut format yang ditetapkan > Klik sini
Perkara-perkara Penting Dalam Penulisan > klik sini

JOM Baca Artikel Terbit Buku Sendiri

KURSUS
1. Zamri Mohamad http://zamrimohamad.com/kursus.html
2. Bengkel Penulis Super http://www.bookpro.my/penulissuper

BUKU RUJUKAN
1. Tip Menjadi Penulis Bestseller
http://pts.com.my/index.php/buku/tip_menjadi_penulis_bestseller/
2. Menjadi Penulis Jutawan
http://www.bookplanet.com.my/index.php?target=products&product_id=19
3. Cari Duit Cara Mudah sebagai Penulis Bebas
http://www.bookcafe.com.my/en/bisnes-and-pengurusan/kerjaya-1/cari-duit-cara-mudah-sebagai-penulis-bebas.html
4. Tip Menjadi Penulis Bestseller http://www.bookcafe.com.my/en/pendidikan/bahasa-and-linguistik/tip-menjadi-penulis-bestseller.html

Tuesday, 10 July 2012

05. Terbit Buku Sendiri !

Berikut adalah panduan bagaimana kebanyakan proses penerbitan dilakukan.

Langkah 1 Siapkan manuskrip anda. Ia mestilah lengkap, telah dibahagikan kepada beberapa bab yang sesuai, berserta dengan tajuk-tajuk utama dan pengenalan. Ia mestilah ditaip menggunakan komputer ataupun mesin taip. Penulisan manuskrip biasanya tiada rumusan.

Resepi-resepi mestilah lengkap. Anda boleh bertaruh bahawa ianya pasti akan diperiksa. Jika boleh, ikut format di dalam kebanyakan buku-buku resepi dengan menyenaraikan bahan-bahan yang diperlukan (gunakan sukatan metrik dan elakkan penggunaan kata bilangan seperti ‘segenggam’ atau ‘beberapa’) dan langkah-langkah penyediaan berserta dengan gaya hiasannya sekali. Masukkan beberapa keping gambar. Gambar-gambar tersebut tidak semestinya difotokan secara profesional kerana pihak penerbit akan merancang jadual sesi pengambaran sekiranya pihaknya bersetuju untuk mengambil projek tersebut. Buat beberapa salinan manuskrip anda.


Langkah 2 Kenal pasti penerbit yang sesuai. Percayalah, ini sesuatu yang sangat mudah. Apa yang anda perlu lalukan hanyalah pergi ke kedai buku dan dari tajuk-tajuk buku tempatan yang berkenaan dan lihatlah siapakah penerbitnya. Nama dan alamat penerbit biasanya dicetak di bahagian dalam kulit buku, jadi ia tidak menjadi masalah. Dapatkan nombor telefon penerbit tersebut, telefon dan tanya kepada mereka, kepada siapakah anda manuskrip anda perlu dihantar. Menghantar hasil kerja anda terus kepada perhatian seseorang merupakan satu amalan yang baik untuk dipraktikkan berbanding dengan menggunakan ungkapan 'Kepada Sesiapa Yang Berkenaan'.

Langkah 3 Di dalam surat pengenalan, sertakan tajuk yang berkaitan (contohnya, Masakan Melayu Utara), sinopsis buku, senarai pecahan bab-bab yang terkandung, dan yang paling penting sekali ialah biodata anda secara menyeluruh. Penerbit perlu tahu siapa diri anda sebenarnya. Sekiranya anda pernah muncul di kaca televisyen, senaraikan ianya sekali. Sekiranya resepi anda pernah diterbitkan di suratkhabar atau majalah, senaraikan ia juga. Sertakan tarikh dan salinannya jika boleh. Lebih terkenal diri anda, lebih baik. Walaupun anda bukannya seorang artis, anda boleh menyertakan cerita yang menarik tentang bagaimana anda memperolehi resepi-resepi tersebut sebagai contoh. Tambahkan dengan cerita-cerita yang menyentuh perasaan, sekiranya anda mahu, sertakan sekali sekeping gambar anda (kalau boleh biarlah sekeping gambar yang menarik, sekiranya anda suka, untuk memudahkan penerbit mengenal pasti samada anda mempunyai bakat seorang bintang terkenal!).

Langkah 4 Hantar manuskrip anda kepada beberapa penerbit dan tunggu. Anda perlu bersabar kerana sesetengah penerbit mungkin mengambil masa beberapa bulan sebelum dapat melihat hasil kerja anda. Sedikit peringatan kepada mereka dari semasa ke semasa adalah tidak mengapa.

Langkah 5 Salah satu daripada dua perkara mungkin akan berlaku. Anda akan menerima surat penolakan secara lembut bersama-sama manuskrip anda semula, sekiranya anda ada menyertakan bersama sampul surat bersetem ke alamat anda ataupun nota, ataupun sebaliknya suatu panggilan telefon daripada penulis yang menyatakan minat mereka dengan hasil kerja anda. Sekira ianya adalah keadaan yang kedua, anda akan diminta untuk datang bagi membincangkan projek tersebut dengan editor atau kumpulan editor.

Langkah 6 Anda akan diberikan kontrak yang standard dimana anda akan mendapat 10% royalti daripada harga yang disenaraikan atau harga jualan yang disyorkan untuk setiap buku yang dijual, dimana ia akan dibayar setahun sekali. Sekarang, ia mungkin tidak nampak banyak, dan sememangnya sedikit, kecuali buku anda dijual oleh ‘bushel’, apa yang anda dapat memang sedikit. Yang menyedihkan, ini merupakan kadar standard pembayaran yang dipraktikkan oleh semua penerbit, dengan peratus royalti yang semakin meningkat sekiranya anda seorang selebriti ataupun seorang penulis yang dikenali.

Langkah 7 Bergantung pada keadaan projek anda, anda mungkin akan diberi sejumlah wang pendahuluan. Mungkin juga penerbit mahu anda pergi ke sesuatu tempat untuk melakukan sesi pengambaran. Mereka perlu membayar segala perbelanjaan perjalanan anda. Ataupun, anda mungkin memerlukan sejumlah wang untuk membeli bahan-bahan tertentu bagi sesuatu resepi … anda boleh berbincang dengan penerbit.


Langkah 8 Jangan sesekali menyinggung perasaan editor anda. Ingatlah pepatah ini setiap kali mereka “mencadangkan” penukaran kepada resepi otak-otak nenek moyang anda yang telah berusia 200 tahun. Senyum lebar dan simpankannya di dalam hati. Sentiasa berbuat baik terhadap editor anda dan sanggup menggembirakan mereka. Ini hanyalah untuk penulis yang baru menulis buat pertama kali; semakin terkenal diri anda, lebih senang untuk anda tidak mengendahkan mereka. Bersetuju untuk sesi pengambaran dan sentiasa datang tepat pada waktunya. Ambil hati semua pihak. Lakukan seberapa banyak mungkin versi yang berbeza untuk jenis masakan yang sama sehingga jurugambar dan pereka set berpuas hati.

Langkah 9 Buku telah siap. Duduk diam dan tunggu sahaja hari pelancaran. Editor anda akan sentiasa memaklumkan segala perkembangan kepada anda.

Langkah 10 Bahagian pemasaran akan sibuk menghubungi pihak media dan jurujual, mengatur beberapa sesi promosi (pelancaran buku merangkap demonstrasi memasak? Ataupun mungkin bengkel memasak?). Anda mungkin perlu mengenepikan sedikit masa untuk temuduga atau mungkin juga muncul di kaca televisyen. Senyum dan tampilkan wajah yang menarik kerana beberapa orang eksekutif pengiklanan mungkin berpendapat bahawa anda adalah orang yang paling sesuai untuk menjadi jurucakap bagi sesuatu jenama terkini bagi keluaran sambal yang terbaru. Dapatkan rancangan televisyen anda sendiri dan lihatlah berapa banyak wang yang akan mengalir masuk.

Langkah 11 Anda mesti mengambil inisiatif sendiri untuk mempromosikan buku anda. Kejayaan atau kegagalan buku anda akan bergantung kepadanya. Anda mungkin perlu ‘turun padang’ dan timbulkan minat pada orang ramai. Adakan ceramah, adakan sesi bersama penulis-penulis lain, atau buat sesuatu yang berbeza (penulis buku Dare To Fail, Billie Lim, menarik perhatian media apabila dia bertanding dalam pilihanraya yang lepas sebagai calon bebas - dia tewas tetapi bukunya laris dijual).

Langkah 12 Realiti menjelma. Beberapa buah buku mungkin laris dijual manakala buku anda pula mungkin hanya mengumpul habuk di gudang.  Tetapi, setiap buku yang diterbitkan hanya menggalakkan lagi untuk anda menulis yang lain, dan secara perlahan-lahan anda membina reputasi sebagai ‘pakar’ di dalam bidang tersebut. Kadar royalti anda juga semakin meningkat dan siapa tahu - buku seterusnya mungkin mendapat sambutan yang hangat dan pastinya anda akan mendapat pulangan yang lumayan. Sebuah buku yang dijual dengan harga RM30 senaskah, dengan hanya 10, 000 naskah terjual, akan memberi pulangan sebanyak RM30, 000. Penerbit biasanya menerbitkan semula buku-buku yang lama dengan pakej yang baru - format baru, sususan gambar yang berbeza dan lebih menarik. Suatu hari nanti, mungkin anda juga boleh menjadi terkenal seperti Betty Yew!

Sumber: http://www.ehomemakers.net/my/article.php?id=23


JOM Baca Artikel Bagaimana Menjadi Penulis


KELEBIHAN TERBIT BUKU SENDIRI:

Secara umumnya, penerbit-penerbit buku di Malaysia menawarkan royalti antara 7 hingga 20 peratus, bergantung pada kedudukan dan prestasi syarikat penerbitan.


Bagaimana royalti dikira? Sebagai contoh anda menerbit judul A dengan penerbit B. Harga buku ialah RM20. Peratus royalti yang ditawarkan pula ialah 10 peratus daripada harga buku. Katakan buku anda dicetak sebanyak 2,000 naskhah dan semuanya habis terjual dalam tempoh setahun. Maka royalti anda seperti berikut:
Royalti buku anda = Peratus royalti x harga jualan x jumlah terjual
= 10% x RM20 x 2,000 = RM4,
Apabila anda menerbit sendiri, sebenarnya anda dapat memaksimumkan pendapatan. Biasanya anda dapat memasarkan sendiri buku anda terus kepada pengguna. Ini dapat dilakukan dengan cara memasarkannya melalui internet, jualan langsung dan pelbagai cara lagi. 
Pendapatan kasar = harga buku x jumlah terjual
= RM20 x 2,000 = RM40,000
Ini adalah pendapatan kasar sahaja. Bagi mendapat pendapatan sebenar, anda perlulah menolak kos-kos yang terlibat dalam menerbit dan memasarkan sendiri buku anda itu. Sebagai contoh, kos membangunkan buku itu seperti kos membuat rekabentuk halaman dan kulit, membuat filem, mencetak, promosi, membina laman web, penghantaran dan lain-lain. Andaikan jumlah kos yang perlu ditolak RM10,000. Maka pendapatan bersih anda ialah RM40,000 – RM10,000 = RM30,000.
Jadi yang mana lebih banyak? Jika terbit dengan penerbit anda mendapat RM4,000 setahun. Tetapi jika anda terbit sendiri, pendapatan anda ialah RM30,000 setahun. Sudah tentu terbit sendiri lebih untung.


RINGKASAN PROSES TERBIT BUKU SENDIRI
1. Menyunting manuskrip
2. Membuat rekabentuk halaman
3. Membuat rekabentuk kulit
4. Memohon ISBN dan CIP
5. Mencetak buku
6. Mempromosi buku
7. Menjual dan mengedar buku
SUMBER: http://terbitsendiri.com

RUJUKAN
1. Ebook Panduan Terbit Buku Sendiri http://terbitsendiri.com/bukusendiri/

Monday, 18 June 2012

04. Penterjemah Bebas

BAGAIMANA BERMULA
Sebaik sahaja anda mengambil keputusan untuk menjadi penterjemah, samada sepenuh masa atau separuh masa, anda dinasihatkan menggunakan tahun yang pertama untuk meraih pengalaman dengan bekerja untuk agensi dan mengenalpasti peraturan dan struktur pasaran dalam bidang ini. Kemudian, anda bolehlah mula memasarkan perkhidmatan anda secara langsung kepada pelanggan.




PERATURAN
Pertama sekali, baca keseluruhan teks dengan teliti dan lihat samada anda boleh menterjemahkannya atau tidak. Jika anda rasa anda tidak boleh melakukannya, jangan terima tugas itu. Kemudian, pastikan teks yang diberi itu cukup lengkap. Dengan membaca keseluruhan teks, anda akan mendapat idea tentang apa yang diperbincangkan.


Kedua, buat penyelidikan tentang istilah-istilah dan konsep yang dikemukakan dalam teks itu. Dalam hal ini, buku-buku mengenai terminologi dapat membantu. Kumpulkan senarai terminologi yang mengandungi istilah-istilah yang anda tidak tahu. Anda harus faham bahawa sesetengah istilah boleh mempunyai maksud yang berbeza, bergantung kepada konteks di mana ia diguna.

Jangan mula menterjemah sehingga anda telah mengetahui kesemua istilah yang serupa dalam bahasa sasarnya. Luangkan beberapa jam -- atau beberapa hari, untuk projek yang lebih panjang -- untuk mengkaji istilah-istilah ini. Masa yang anda luangkan ini dapat menjimatkan sekurang-kurangnya dua kali jumlah masa yang diperlukan semasa anda membuat penterjamahan.

Ketiga, pastikan dengan teliti tatabahasa dan gaya bahasa yang anda gunakan adalah serupa dengan gaya bahasa yang dituturkan oleh seseorang yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa ibunda.

Keempat, gunakan gaya dan turutan bahasa yang berbeza bagi teks yang berbeza. Contohnya, gaya dan turutan perkataan dalam satu dokumen kewangan adalah berbeza dengan dokumen pemasaran atau spesifikasi teknikal.

Kelima, anda mestilah menyemak kerja anda sendiri, tidak kira samada ia akan disemak oleh orang lain selepas itu atau tidak. Menyemak bermaksud membaca semula keseluruhan teks dan memeriksa jika ada kesilapan formal seperti ayat atau perkataan yang tertinggal; perkataan yang terlebih; penetapan pada sesuatu peraturan (contohnya Bahasa Inggeris US atau UK); penetapan pada sesuatu bahasa korporat tertentu; kesilapan ejaan dan sebagainya (ingat bahawa penyemak ejaan tidak dapat membezakan contohnya antara "she" dan "the" kerana kedua-duanya betul).

Akhir sekali, anda perlu ingat bahawa sebagai seorang penterjemah, anda bertanggungjawab terhadap kerja anda. Anda bertanggungjawab memastikan bahawa teks itu telah diterjemahkan mengikut arahan yang diberikan.

KADAR UPAH
secara amnya ramai penterjemah yang mengenakan bayaran mengikut apa yang dipanggil kadar pasaran semasa yang biasanya di antara 10 sen hingga 30 sen bagi satu perkataan, bergantung kepada pembolehubahnya. Sesetengah penterjemah pula mengenakan bayaran mengikut jumlah mukasurat; contohnya antara RM30 dan RM90 bagi satu muka kertas A4 teks yang siap diterjemah dan ditaip dalam font bersaiz 12.

Sumber: http://www.ehomemakers.net/my/article.php?id=67



Aku full-time translator, dari rumah. Mula-mula memang perit, sebab orang baru, takde cert apa2 in translation, memang susah jugak la nak dapat kepercayaan orang. Tapi, sebelum ni aku kerja sekejap dengan sorang translator, less than a year je. Belajar selok-belok sikit2, lepas tu aku bulatkan hati untuk jadi freelancer, dan buat dari rumah.

Sepanjang setahun jadi freelancer ni, ini pengalaman yang aku kutip, dan rasa sesuai dikongsikan.


1) Clients dari Malaysia kebiasaannya nak translator yang ada degree dalam bidang2 yang berkaitan benda yang nak ditranslate, atau degree in translation/linguistics, atau cert dr ITNM/DBP.


2) Clients dari luar tak berapa pedulik soal certs segala, cuma lebih suka kita senaraikan pengalaman kita, serta suruh kita buat test ringkas (200-250 words) untuk menilai kelayakan kita. Jadi, kalau kita nak cuba hantar resume ke mana2 translation agency, untuk apply jadi freelance translator, sila nyatakan yang kita bersedia utk buat sebarang test yg diorg perlukan, for free. Kalau test kita cemerlang, biasanya diorg akan terus offer jobs. 


3) Soal bayaran amat berbeza utk clients Malaysia dgn luar. Selalunya clients Malaysia ni, nak bayar lingkungan RM0.05/word. Ni pun siap bebel2 bagai, padahal dokumen ditranslate guna otak, lepas tu ditaip kemas2, bebas dari kesalahan. Lainlah kalau kita memang dah lama dalam bidang ni, bolehlah demand harga. Tapi, org yang dah lama jd translator, rasanya tak berapa pandang client tempatan. Client luar pulak, bayar in USD/Euro, guna Paypal, Moneybookers atau wire transfer. Rate aku sekarang USD0.05/word. Bulk job akan jd kadang2 USD0.04/word, biasanya untuk 10k words above. Kalau kerja pendek, dan urgent, boleh jadi USD0.10/word.


4) Utk subtitling, local clients akan bagi RM0.08/line, atau RM0.50-1.50/minit. Clients luar bagi USD1/min ke USD2/min. Highest rate utk subtitling aku dapat dari satu client di Eropah, Euro5/min. Amatlah gembira dapat client murah hati macam ni. Line bermaksud sebaris subtitle kat tv tu, x kira berapa perkataan dlm sebaris. Minit bermaksud minit keseluruhan drama/movie tu. Kalau 90mins, rate tu darab la 90. 1 minit run biasanya dlm 5 baris. 


5) Payment term biasanya 30-45 hari dari deadline project. Yang ni memang sedikit perit. Kena discuss sendiri dengan clients. Kalau individu, mungkin kita boleh mintak payment ASAP. Siap je keje, terus bayar. Kalau agencies, memang dia akan bayar dalam 30-45 hari. 


6) Personally aku lagi suka clients luar. Selain rate yang lebih mahal, diorg lagi profesional, pastu jarang menipu. Setakat ni aku dah kena tipu dek 3 org clients, semuanya Melayu. Malang2. Keje siap, dia pun senyap. Ribu2 juga lak rugi kat sini. Tapi aku anggap ni cabaran dan pengajaran. Jadi sekarang aku lebih suka ambik keje dari agencies. Walaupun payment lambat, tapi diorang bagi kontrak siap2.


7) Jobs kena bid. Rebut dgn freelancers/agencies sedunia. Website yang popular ialah : http://www.proz.com & http://translatorscafe.com Sini la tempat semua translators berhimpun. 


8)Aku buat English>Malay>English. Walaupun kita faham 10 bahasa pun, biasanya mereka nak native user untuk translate sesuatu bahasa. Jadi, orang Melayu selalunya akan dapat keje2 untuk bahasa Melayu Malaysia. Tapi kalau kita memang fasih bahasa2 lain, boleh jugak cuba.


Itu la serba sedikit yang boleh aku kongsikan. Aku pun baru lagi, jadi banyak lagi benda nak kena belajar. Taktik aku cari clients? Aku emel resume ke seberapa banyak translation agencies di seluruh dunia, dan buat apa-apa test diorg mintak. Kalaupun takde job dan2 tu, diorg akan simpan details kita, dan contact kita bila ada kerja. 


Setahun pertama memang masa struggle la, sebab kita kena rajin-rajin cari jobs. Tapi Alhamdulillah, sekarang dah boleh tolak jobs yang datang, sebab takde masa nak membuat. Kerja seminggu dah boleh cover gaji sebulan. Kira setanding la dengan kwn2 yang keje makan gaji. Kelmarin aku dapat offer jd fulltime translator dari 1 agency antarabangsa, dia bukak cawangan kat KL. Aku tolak, sebab aku tahu aku boleh dapat lebih dari gaji dia offer. 


Harap info ni membantu.


Sumber: http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=7991229&postcount=33



KURSUS:
1. http://www.itnm.com.my/training
Alamat: No. 2, Jalan 2/27E, Section 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur (Tel: 03-4149 7210 Faksimili: 03-4143 2939 E-mel:  info@itnm.com.my.

ITNMB ialah badan rasmi yang menjalankan penterjemahan, alih bahasa dan pertukaran maklumat ke pelbagai bahasa di peringkat nasional dan antarabangsa. Ia menawarkan perkhidmatan terjemahan, interpretasi multi-bahasa dan peneribitan termasuk kursus terjemahan bagi orang awam dan pekerja sektor swasta untuk mendapatkan kemahiran menterjemah.

RUJUKAN TAMBAHAN:
1. Buku Teori dan Teknik Terjemahan - Edisi Kemas Kini
Buku ini adalah rujukan utama bagi kursus terjemahan yang kini diajarkan di pelbagai institusi pengajian tinggi dalam negeri. Disertakan juga panduan menjalankan perkhidmatan penterjemahan secara komersial bagi mereka yang berhasrat menubuhkan biro khidmat terjemahan profesional.
Beli Online di sini http://www.bookcafe.com.my/my/technical-and-professional/teori-dan-teknik-terjemahan-edisi-kemas-kini.html

Monday, 21 May 2012

03. Catering / Perkhidmatan Masak dari rumah (delivery service)

Kita boleh buat bisnes mudah ini dengan mudah terutamanya jika anda berada di kawasan perumahan komuniti kelas menengah. Ini kerana komuniti kelas menengah kurang mempunyai masa untuk diri atau keluarga. Suami isteri bekerja. Anak balik sekolah lapar. Yang hanya anda buat adalah, masak di rumah, dan hantarkan... tak perlu buka kedai.

a. Cara:
1. Pastikan anda pandai memasak, sedap, walau pun tak setaraf hotel lima bintang (kalau tidak, lupakan saja..)
2. Sediakan set hidangan yang pelbagai.. contoh sarapan pagi, tengah hari dan malam.
3. Tangkap gambar dan masukkan ke dalam blog anda. Untuk tambahan, sediakan juga flyer, brochure, poster dll,.. dan jangan risau, mulut jiran-jiran anda juga boleh jadi iklan bergerak!
PENTING: Gunakan SMS dan Panggilan yg terbaik .. 

4. Penghantaran; kalau boleh sediakan kos penghantaran percuma untuk set spesial yang diorder atau untuk pelanggan istimewa anda yang selalu order sehari 2-3 kali  
5. BONUS: Pencuci mulut atau yang difikirkan perlu.


b. Bahan Rujukan Tambahan:
http://balannambiar.wordpress.com > Bincang pasal katering dan restoran. Ada pelbagai tips
- plazaniaga.info/rahsiabisneskatering.pdf > info untuk yang mula buka katering sendiri.

Sumber: http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=7952798&postcount=24

Tuesday, 10 April 2012

02. Pendaftar nama syarikat

Cara:

a) Daftar secara manual
Anda pergi ke Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan bawa:

1. Salinan kad pengenalan (satu salinan)
2. Wang RM70 (untuk jenis perniagaan. cth: enterpsire dll)

Kemudian anda masuk je terus ke bahagian kaunter pertanyaan. Memang semua akan masuk jumpa kaunter tu dulu. Dia akan tanya, nak apa? cakap nak daftar nama syarikat/ perniagaan. Dia akan bagi borang untuk anda isi. 

Anda akan diminta untuk isi 3 nama syarikat. (untuk mereka pilih) Dah siap isi, pulangkan semula pada kaunter pertanyaan itu. Dia akan bagi anda nombor giliran untuk ke kaunter seterusnya.

Bila nombor giliran di panggil, (ke kaunter lain) anda akan diminta untuk isi satu lagi borang. Dah siap, dia akan suruh pergi ke kaunter yang satu lagi (jangan risau, dia akan tunjukkan). Kemudian, setelah siap pengesahan nama dan sebagainya, sekarang kerja anda sudah selesai.

Masa yang diambil untuk pengurusan ini adalah kurang dari 1 jam.

b. Daftar secara Online

Pendaftaran secara online sekarang ni adalah percuma

Klik sini http://www.ssm.com.my/perkhidmatan_eLodgement.php

Lebih kurang sahaja seperti pendaftaran secara manual. Berikan 3 nama syarikat/ perniagaan.

c. Laman Web Utama SSM : http://www.ssm.com.my

d. Untuk pastikan nama syarikat / perniagaan tu masih avaiable atau tidak, boleh semak di sini > https://www.ssm-einfo.my


e. Kawasan Pejabat SSM: 
1. Plaza Alam sentral, Shah Alam
2. Putra Place, Jalan Putra
3. Senarai lengkap ke sini > http://www.ssm.com.my/hubungikami.php

f. Contoh YAng buat duit dengan mendaftarkan nama syarikat:
http://www.rancanganperniagaan.net

e. Kos upah: Belum dipastikan lagi

Untuk maklumat tambahan, akan disertakan di sini dikemudian hari oleh forumer lain atau saya sendiri.

f. Maklumat Tambahan:
Perbincangan berkaitan Perniagaan Enterprise dan Sdn. Bhd