Berikut adalah panduan bagaimana kebanyakan proses penerbitan dilakukan.
Langkah 1 Siapkan manuskrip anda. Ia mestilah lengkap, telah dibahagikan kepada beberapa bab yang sesuai, berserta dengan tajuk-tajuk utama dan pengenalan. Ia mestilah ditaip menggunakan komputer ataupun mesin taip. Penulisan manuskrip biasanya tiada rumusan.
Resepi-resepi mestilah lengkap. Anda boleh bertaruh bahawa ianya pasti akan diperiksa. Jika boleh, ikut format di dalam kebanyakan buku-buku resepi dengan menyenaraikan bahan-bahan yang diperlukan (gunakan sukatan metrik dan elakkan penggunaan kata bilangan seperti ‘segenggam’ atau ‘beberapa’) dan langkah-langkah penyediaan berserta dengan gaya hiasannya sekali. Masukkan beberapa keping gambar. Gambar-gambar tersebut tidak semestinya difotokan secara profesional kerana pihak penerbit akan merancang jadual sesi pengambaran sekiranya pihaknya bersetuju untuk mengambil projek tersebut. Buat beberapa salinan manuskrip anda.
Langkah 2 Kenal pasti penerbit yang sesuai. Percayalah, ini sesuatu yang sangat mudah. Apa yang anda perlu lalukan hanyalah pergi ke kedai buku dan dari tajuk-tajuk buku tempatan yang berkenaan dan lihatlah siapakah penerbitnya. Nama dan alamat penerbit biasanya dicetak di bahagian dalam kulit buku, jadi ia tidak menjadi masalah. Dapatkan nombor telefon penerbit tersebut, telefon dan tanya kepada mereka, kepada siapakah anda manuskrip anda perlu dihantar. Menghantar hasil kerja anda terus kepada perhatian seseorang merupakan satu amalan yang baik untuk dipraktikkan berbanding dengan menggunakan ungkapan 'Kepada Sesiapa Yang Berkenaan'.
Langkah 3 Di dalam surat pengenalan, sertakan tajuk yang berkaitan (contohnya, Masakan Melayu Utara), sinopsis buku, senarai pecahan bab-bab yang terkandung, dan yang paling penting sekali ialah biodata anda secara menyeluruh. Penerbit perlu tahu siapa diri anda sebenarnya. Sekiranya anda pernah muncul di kaca televisyen, senaraikan ianya sekali. Sekiranya resepi anda pernah diterbitkan di suratkhabar atau majalah, senaraikan ia juga. Sertakan tarikh dan salinannya jika boleh. Lebih terkenal diri anda, lebih baik. Walaupun anda bukannya seorang artis, anda boleh menyertakan cerita yang menarik tentang bagaimana anda memperolehi resepi-resepi tersebut sebagai contoh. Tambahkan dengan cerita-cerita yang menyentuh perasaan, sekiranya anda mahu, sertakan sekali sekeping gambar anda (kalau boleh biarlah sekeping gambar yang menarik, sekiranya anda suka, untuk memudahkan penerbit mengenal pasti samada anda mempunyai bakat seorang bintang terkenal!).
Langkah 4 Hantar manuskrip anda kepada beberapa penerbit dan tunggu. Anda perlu bersabar kerana sesetengah penerbit mungkin mengambil masa beberapa bulan sebelum dapat melihat hasil kerja anda. Sedikit peringatan kepada mereka dari semasa ke semasa adalah tidak mengapa.
Langkah 5 Salah satu daripada dua perkara mungkin akan berlaku. Anda akan menerima surat penolakan secara lembut bersama-sama manuskrip anda semula, sekiranya anda ada menyertakan bersama sampul surat bersetem ke alamat anda ataupun nota, ataupun sebaliknya suatu panggilan telefon daripada penulis yang menyatakan minat mereka dengan hasil kerja anda. Sekira ianya adalah keadaan yang kedua, anda akan diminta untuk datang bagi membincangkan projek tersebut dengan editor atau kumpulan editor.
Langkah 6 Anda akan diberikan kontrak yang standard dimana anda akan mendapat 10% royalti daripada harga yang disenaraikan atau harga jualan yang disyorkan untuk setiap buku yang dijual, dimana ia akan dibayar setahun sekali. Sekarang, ia mungkin tidak nampak banyak, dan sememangnya sedikit, kecuali buku anda dijual oleh ‘bushel’, apa yang anda dapat memang sedikit. Yang menyedihkan, ini merupakan kadar standard pembayaran yang dipraktikkan oleh semua penerbit, dengan peratus royalti yang semakin meningkat sekiranya anda seorang selebriti ataupun seorang penulis yang dikenali.
Langkah 7 Bergantung pada keadaan projek anda, anda mungkin akan diberi sejumlah wang pendahuluan. Mungkin juga penerbit mahu anda pergi ke sesuatu tempat untuk melakukan sesi pengambaran. Mereka perlu membayar segala perbelanjaan perjalanan anda. Ataupun, anda mungkin memerlukan sejumlah wang untuk membeli bahan-bahan tertentu bagi sesuatu resepi … anda boleh berbincang dengan penerbit.
Langkah 8 Jangan sesekali menyinggung perasaan editor anda. Ingatlah pepatah ini setiap kali mereka “mencadangkan” penukaran kepada resepi otak-otak nenek moyang anda yang telah berusia 200 tahun. Senyum lebar dan simpankannya di dalam hati. Sentiasa berbuat baik terhadap editor anda dan sanggup menggembirakan mereka. Ini hanyalah untuk penulis yang baru menulis buat pertama kali; semakin terkenal diri anda, lebih senang untuk anda tidak mengendahkan mereka. Bersetuju untuk sesi pengambaran dan sentiasa datang tepat pada waktunya. Ambil hati semua pihak. Lakukan seberapa banyak mungkin versi yang berbeza untuk jenis masakan yang sama sehingga jurugambar dan pereka set berpuas hati.
Langkah 9 Buku telah siap. Duduk diam dan tunggu sahaja hari pelancaran. Editor anda akan sentiasa memaklumkan segala perkembangan kepada anda.
Langkah 10 Bahagian pemasaran akan sibuk menghubungi pihak media dan jurujual, mengatur beberapa sesi promosi (pelancaran buku merangkap demonstrasi memasak? Ataupun mungkin bengkel memasak?). Anda mungkin perlu mengenepikan sedikit masa untuk temuduga atau mungkin juga muncul di kaca televisyen. Senyum dan tampilkan wajah yang menarik kerana beberapa orang eksekutif pengiklanan mungkin berpendapat bahawa anda adalah orang yang paling sesuai untuk menjadi jurucakap bagi sesuatu jenama terkini bagi keluaran sambal yang terbaru. Dapatkan rancangan televisyen anda sendiri dan lihatlah berapa banyak wang yang akan mengalir masuk.
Langkah 11 Anda mesti mengambil inisiatif sendiri untuk mempromosikan buku anda. Kejayaan atau kegagalan buku anda akan bergantung kepadanya. Anda mungkin perlu ‘turun padang’ dan timbulkan minat pada orang ramai. Adakan ceramah, adakan sesi bersama penulis-penulis lain, atau buat sesuatu yang berbeza (penulis buku Dare To Fail, Billie Lim, menarik perhatian media apabila dia bertanding dalam pilihanraya yang lepas sebagai calon bebas - dia tewas tetapi bukunya laris dijual).
Langkah 12 Realiti menjelma. Beberapa buah buku mungkin laris dijual manakala buku anda pula mungkin hanya mengumpul habuk di gudang. Tetapi, setiap buku yang diterbitkan hanya menggalakkan lagi untuk anda menulis yang lain, dan secara perlahan-lahan anda membina reputasi sebagai ‘pakar’ di dalam bidang tersebut. Kadar royalti anda juga semakin meningkat dan siapa tahu - buku seterusnya mungkin mendapat sambutan yang hangat dan pastinya anda akan mendapat pulangan yang lumayan. Sebuah buku yang dijual dengan harga RM30 senaskah, dengan hanya 10, 000 naskah terjual, akan memberi pulangan sebanyak RM30, 000. Penerbit biasanya menerbitkan semula buku-buku yang lama dengan pakej yang baru - format baru, sususan gambar yang berbeza dan lebih menarik. Suatu hari nanti, mungkin anda juga boleh menjadi terkenal seperti Betty Yew!
Sumber: http://www.ehomemakers.net/my/article.php?id=23
JOM Baca Artikel Bagaimana Menjadi Penulis
KELEBIHAN TERBIT BUKU SENDIRI:
Secara umumnya, penerbit-penerbit buku di Malaysia menawarkan royalti antara 7 hingga 20 peratus, bergantung pada kedudukan dan prestasi syarikat penerbitan.
RUJUKAN
1. Ebook Panduan Terbit Buku Sendiri http://terbitsendiri.com/bukusendiri/

Bagaimana royalti dikira? Sebagai contoh anda menerbit judul A dengan penerbit B. Harga buku ialah RM20. Peratus royalti yang ditawarkan pula ialah 10 peratus daripada harga buku. Katakan buku anda dicetak sebanyak 2,000 naskhah dan semuanya habis terjual dalam tempoh setahun. Maka royalti anda seperti berikut:
Royalti buku anda = Peratus royalti x harga jualan x jumlah terjual
= 10% x RM20 x 2,000 = RM4,
Apabila anda menerbit sendiri, sebenarnya anda dapat memaksimumkan pendapatan. Biasanya anda dapat memasarkan sendiri buku anda terus kepada pengguna. Ini dapat dilakukan dengan cara memasarkannya melalui internet, jualan langsung dan pelbagai cara lagi.
Pendapatan kasar = harga buku x jumlah terjual
= RM20 x 2,000 = RM40,000
Ini adalah pendapatan kasar sahaja. Bagi mendapat pendapatan sebenar, anda perlulah menolak kos-kos yang terlibat dalam menerbit dan memasarkan sendiri buku anda itu. Sebagai contoh, kos membangunkan buku itu seperti kos membuat rekabentuk halaman dan kulit, membuat filem, mencetak, promosi, membina laman web, penghantaran dan lain-lain. Andaikan jumlah kos yang perlu ditolak RM10,000. Maka pendapatan bersih anda ialah RM40,000 – RM10,000 = RM30,000.
Jadi yang mana lebih banyak? Jika terbit dengan penerbit anda mendapat RM4,000 setahun. Tetapi jika anda terbit sendiri, pendapatan anda ialah RM30,000 setahun. Sudah tentu terbit sendiri lebih untung.
RINGKASAN PROSES TERBIT BUKU SENDIRI
1. Menyunting manuskrip
2. Membuat rekabentuk halaman
3. Membuat rekabentuk kulit
4. Memohon ISBN dan CIP
5. Mencetak buku
6. Mempromosi buku
7. Menjual dan mengedar buku
SUMBER: http://terbitsendiri.com
RUJUKAN
1. Ebook Panduan Terbit Buku Sendiri http://terbitsendiri.com/bukusendiri/
0 comments:
Post a Comment