Thursday, 11 October 2012

5 Tip Perniagaan Dari Ayam & Itik


Telur Ayam Versus Itik?

Satu soalan ringkas saya kepada anda, di dalam dunia ini, telur ayam atau telur itik yang paling laku?
Jawapan yang tepat ialah telur ayam. Beberapa fakta ringkas ialah telur itik lebih besar berbanding telur ayam dan mengikut kajian saintifik, telur itik lebih berkhasiat berbanding telur ayam.
Di sini jelas bahawa telur itik jauh lebih baik berbanding telur ayam. Namun, telur ayam tetap menjadi telur best-seller di dalam dunia ini. Ha ha ha!

5 Tip Perniagaan Yang Kita Boleh Pelajari

Nah, banyak perkara yang kita dapat belajar daripada kisah ayam versus itik ini. Antaranya ialah:
1) Jangan gusar walaupun produk anda tidak bagus - Jangan risau jika produk anda tidak sebaik pesaing anda. Gandakan pemasaran dan anda akan jadi pemenang. Lihat bagaimana ayam menyebarkan berita mengenai telurnya hingga riuh satu kampung.
2) Jangan abaikan aspek penjenamaan - Di dalam perniagaan, jangan sesekali abaikan aspek penjenamaan walaupun anda fikir bahawa produk anda adalah yang terbaik di dalam dunia dan semua orang memerlukan produk anda. Lihat bagaimana itik mempunyai produk yang lebih bagus tetapi tetap kalah dengan ayam.
3) Yakin dengan produk sendiri - Ramai para usahawan takut untuk memasarkan produk mereka secara besar-besaran kerana mereka fikir bahawa produk mereka belum cukup bagus untuk digunakan. Lihat bagaimana ayam begitu yakin dengan telurnya walaupun telur itik lebih berkhasiat dan besar.
4) Tidak perlu tunggu produk anda sempurna - Ramai usahawan yang tunggu sehingga produk mereka sempurna barulah hendak menjualnya kepada orang ramai. Sedarlah bahawa tiada istilah sempurna di dalam penciptaan produk. Lihat bagaimana ayam yang terus memasarkan telurnya sejurus sahaja bertelur. ;)
5) Pedulikan kata-kata negatif orang - Sebagai usahawan kita tidak perlu terlalu mendengar kata-kata negatif orang terhadap tindakan yang kita ambil. Percaya dan yakinlah dengan jalan yang telah kita pilih. Lihatlah ayam yang sentiasa steady & kool walaupun manusia tidak suka dengan sikap ayam yang riuh sekampung walaupun hanya bertelur sebiji. Itulah pemasaran.
Sumber: http://adlymukhtar.com/5-tip-perniagaan-dari-ayam-itik.html

Thursday, 4 October 2012

08. Dropship


APAKAH ITU DROPSHIP?


Dropship ialah teknik pembekalan di mana kita sebagai penjual tak perlu simpan stok tetapi bila ada pembelian dari pelanggan kita, pembungkusan akan dibuat oleh pembekal dan mereka terus menghantar kepada pelanggan kita. Sebagai penjual kita mendapat keuntungan dari perbezaan harga jualan kita dan harga borong dari pembekal.

Untuk Lebih Mudah Faham, Ia Adalah seperti Berikut…

Anda berhubung dengan pembekal (dropship). Anda deal dengan mereka dan dapatkan gambar  dan deskripsi produk. Anda tak perlu beli dahulu produk mereka untuk simpan sebagai stok.
Anda promosi produk tersebut di website/blog/laman lelongan.
Anda mendapat pelanggan yang nak beli produk tersebut dan menerima bayaran.
Anda buat pembayaran pada pembekal dengan harga borong. Keuntungan anda terus simpan.
Proses pembungkusan dan penghantaran barang kepada pelanggan diuruskan oleh pembekal (dropship)









   Secara kesimpulannya dalam model perniagaan dropship anda hanya perlu promosikan gambar dan maklumat produk tanpa simpan sebarang stok…anda bebas untuk mempromosikan seberapa banyak produk yang anda mahu dan penuhkan akaun bank anda dengan keuntungan jualan produk yang tiada dalam tangan anda pun. Boleh dikatakan anda hanya ‘Jual Gambar’…bestkan?

Saya berikan satu contoh…

Anda promosi satu produk ni, harga borongnya berharga RM100. Anda pun mula promosi produk tersebut dan menjualnya pada harga jualan iaitu RM200. Anda terus dapat keuntungan sebanyak RM100 dan proses pembungkusan dan penghantaran dilakukan oleh pembekal dropship. Itu baru satu jualan, bayangkan jika anda dapat 10 jualan sehari ? Anda sudah dapat RM1000 dengan kerja yang ringkas dan mudah. Lumayan kan?



5 Sebab Memulakan Bisnes Dropship Hari Ini

1. Boleh dilakukan secara sambilan dan sepenuh masa.
2. Modal dan kos yang rendah.
3. Risiko rendah.
4. Bebas bekerja di mana-mana.
5. Boleh dijadikan modal untuk membina empayar bisnes yang lebih besar.


Syarikat Dropship di Malaysia
1: Muslim Niaga (Mukmin Global Sdn Bhd) Produk-produk Islamik.

2: Edymart Sdn Bhd – Produk-produk makanan, mainan kanak, dan produk-produk unik

3. Demi Borong  - pengimport , pemborong dan peruncit pakaian berjenama kanak-kanak, lelaki, wanita dan juga barangan-barangan kesihatan secara online di Malaysia.

4. Ladies Mall - Koleksi Pakaian Wanita

5. Nur Iman - Produk Kesihatan & Kecantikan