Berikut adalah beberapa tugas asas yang terlibat dalam perniagaan menjual bunga:
- Membuat tempahan dan menerima bekalan bunga dari pembekal
- Mengeluarkan bekalan apabila ia sampai (andaikan anda telah berada di tahap di mana anda perlu menyimpan bekalan)
- Membersihkan, merawat dan menjaga bunga supaya tahan lebih lama
- Menyiram bunga dan tumbuh-tumbuhan lain
- Melayan pelanggan, memberi nasihat kepada pelanggan mengenai kombinasi warna, gubahan dan sebagainya
- Meletakkan harga dan memperagakan gubahan dengan menarik
- Menjawab panggilan telefon
- Menerima tempahan dan membuat rekaan baru untuk diperagakan
- Mengemaskan ruang bekerja
- Mengemaskinikan rekod dan akaun
Teknik Asas Gubahan Bunga
Berikut adalah beberapa kemahiran asas dalam gubahan bunga yang anda perlukan untuk memulakan satu perniagaan menjual bunga dari rumah yang berjaya:
Gubahan berbentuk horizontal atau mendatar – bunga diletakkan dalam bekas rendah dan mendatar. Gubahan ini tidak tinggi dan mengandungi campuran beberapa jenis bunga kecil, daun paku-pakis dan pengisi.
Gubahan berbentuk vertical atau menegak – bunga-bunga yang mempunyai tangkai yang panjang biasanya diletakkan dalam bekas bunga yang tinggi dan mengandungi campuran beberapa jenis bunga bersaiz sederhana hingga besar.
Gubahan berbentuk tiga segi – apabila diletakkan dalam bakul, gubahan ini membentuk segitiga.
Gubahan meja – anda boleh mencuba dengan beberapa jenis bunga yang berlainan, serta bekas bunga, bakul atau botol bergantung kepada jenis majlis yang memerlukan gubahan anda.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan
Apabila anda telah memperlengkapkan diri dengan pengetahuan asas yang diperlukan, anda perlu juga memperlengkapkan diri dengan bahan-bahan yang diperlukan dalam perniagaan ini. Secara amnya, bahan-bahan yang anda perlukan dalam perkhidmatan penjualan bunga ini adalah: kedai atau lokasi jualan, sistem penyejukan (pada peringkat lanjut), bunga, tumbuh-tumbuhan lain, bekalan bunga dan produk-produk lain yang anda hendak jual. Berikut adalah senarai bahan-bahan dan harganya untuk anda memulakan perniagaan menjual bunga dari rumah.
Bahan-bahan |
Lingkungan Harga
|
Pembekal Bahan-Bahan
|
Gunting dan pemotong pelbagai saiz
|
RM 7 – RM20
|
Alice Art Shop
03 – 3343 9266
Blooming Florist
03 – 7955 5800
Taman Bunga Damai
03-8736 4363
SayangYou (pemborong)
Pusat Sayang You
Lot U5, Tingkat U5 Semua House Jalan Bunus 6, 50100 Kuala Lumpur Tel: 03 - 2692 1111 / 2698 9821 / 2698 2393 Fax: 03 - 2698 11 88
Sayang You Station Sdn. Bhd.
Lot No. 2, Tingkat 2 Pasar Besar Giant (Ulu Klang) Sdn Bhd. Taman Permata, 53300 Kuala Lumpur. Tel / Fax: 03 - 4108 8263
Sayang You Station Sdn. Bhd.
Lot F 2.33, Ruang Legar Carrefour.Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur Tel : 03-4143 4733 Fax : 03 - 4143 4722
Fah & Company
No. 7, Jalan Cheng Lock, 50000 Kuala Lumpur
Tel : 03 - 20784726
Lee Wah Florist Sdn Bhd
129, Jalan Tun H.S. Lee, 50000 Kuala Lumpur.
Tel : 03-20782822
(Anda boleh juga mendapatkan kebanyakan daripada bekalan ini kebanyakan kedai barangan logam di kawasan berdekatan anda).
|
Playar
|
RM5 - RM35
| |
Dawai (jenis yang berlainan bagi keperluan yangberlainan) (untuk membentuk bunga)
|
RM7 setiap peket
| |
Kasa dawai
|
Bergantung kepada jumlah yang diperlukan.
| |
Pelekat hijau
|
RM0.80 segulung
| |
Bekas bunga
|
RM3 – RM5
*anda boleh juga mengitar semula bekas majerin bagi gubahan basah.
| |
Bakul
|
RM10 - RM35
| |
Tempat berdiri (logam)
|
RM35 - RM50
| |
Span (gubahan basah)
|
RM3 – RM5
| |
Span (gubahan kering)
|
RM 3 – RM5
| |
Pembungkus plastik berwarna-warni
|
RM5 – RM12 semeter
| |
Reben
|
RM4 – RM10 semeter
| |
Bunga-bunga kering
|
RM20 ke atas setangkai
| |
Bunga tiruan
|
RM7 ke atas setangkai
| |
Bunga segar
|
RM8 – RM12.50 (2 dozen)
| |
Paku-pakis
|
RM5 – RM7
| |
Pengisi
-Baby’s breath, bunga-bunga kecil
|
RM6 – RM8
|
SUMBER: http://www.ehomemakers.net/my/article.php?id=26
TUTORIAL BERGAMBAR
1. http://khidmatgubahanhantaran.blogspot.com
2. http://wanhazel.blogspot.com/2012/01/tutorial-gubahan-bunga-dengan-wang.html
3. http://bitsbest.blogspot.com/2012/01/gubahan-bunga-ros.html
KURSUS
1.
Lee Flower http://www.leeflower.com/Kursus_Gubahan_Bunga.htm
Lee Flower http://www.leeflower.com/Kursus_Gubahan_Bunga.htm
No. 70, Jalan SS 15 / 4, Subang Jaya, 47500 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel:03-56370668,
Tel:03-56370668,
Fax:03-56376118
0 comments:
Post a Comment