Monday, 18 June 2012

04. Penterjemah Bebas

BAGAIMANA BERMULA
Sebaik sahaja anda mengambil keputusan untuk menjadi penterjemah, samada sepenuh masa atau separuh masa, anda dinasihatkan menggunakan tahun yang pertama untuk meraih pengalaman dengan bekerja untuk agensi dan mengenalpasti peraturan dan struktur pasaran dalam bidang ini. Kemudian, anda bolehlah mula memasarkan perkhidmatan anda secara langsung kepada pelanggan.




PERATURAN
Pertama sekali, baca keseluruhan teks dengan teliti dan lihat samada anda boleh menterjemahkannya atau tidak. Jika anda rasa anda tidak boleh melakukannya, jangan terima tugas itu. Kemudian, pastikan teks yang diberi itu cukup lengkap. Dengan membaca keseluruhan teks, anda akan mendapat idea tentang apa yang diperbincangkan.


Kedua, buat penyelidikan tentang istilah-istilah dan konsep yang dikemukakan dalam teks itu. Dalam hal ini, buku-buku mengenai terminologi dapat membantu. Kumpulkan senarai terminologi yang mengandungi istilah-istilah yang anda tidak tahu. Anda harus faham bahawa sesetengah istilah boleh mempunyai maksud yang berbeza, bergantung kepada konteks di mana ia diguna.

Jangan mula menterjemah sehingga anda telah mengetahui kesemua istilah yang serupa dalam bahasa sasarnya. Luangkan beberapa jam -- atau beberapa hari, untuk projek yang lebih panjang -- untuk mengkaji istilah-istilah ini. Masa yang anda luangkan ini dapat menjimatkan sekurang-kurangnya dua kali jumlah masa yang diperlukan semasa anda membuat penterjamahan.

Ketiga, pastikan dengan teliti tatabahasa dan gaya bahasa yang anda gunakan adalah serupa dengan gaya bahasa yang dituturkan oleh seseorang yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa ibunda.

Keempat, gunakan gaya dan turutan bahasa yang berbeza bagi teks yang berbeza. Contohnya, gaya dan turutan perkataan dalam satu dokumen kewangan adalah berbeza dengan dokumen pemasaran atau spesifikasi teknikal.

Kelima, anda mestilah menyemak kerja anda sendiri, tidak kira samada ia akan disemak oleh orang lain selepas itu atau tidak. Menyemak bermaksud membaca semula keseluruhan teks dan memeriksa jika ada kesilapan formal seperti ayat atau perkataan yang tertinggal; perkataan yang terlebih; penetapan pada sesuatu peraturan (contohnya Bahasa Inggeris US atau UK); penetapan pada sesuatu bahasa korporat tertentu; kesilapan ejaan dan sebagainya (ingat bahawa penyemak ejaan tidak dapat membezakan contohnya antara "she" dan "the" kerana kedua-duanya betul).

Akhir sekali, anda perlu ingat bahawa sebagai seorang penterjemah, anda bertanggungjawab terhadap kerja anda. Anda bertanggungjawab memastikan bahawa teks itu telah diterjemahkan mengikut arahan yang diberikan.

KADAR UPAH
secara amnya ramai penterjemah yang mengenakan bayaran mengikut apa yang dipanggil kadar pasaran semasa yang biasanya di antara 10 sen hingga 30 sen bagi satu perkataan, bergantung kepada pembolehubahnya. Sesetengah penterjemah pula mengenakan bayaran mengikut jumlah mukasurat; contohnya antara RM30 dan RM90 bagi satu muka kertas A4 teks yang siap diterjemah dan ditaip dalam font bersaiz 12.

Sumber: http://www.ehomemakers.net/my/article.php?id=67



Aku full-time translator, dari rumah. Mula-mula memang perit, sebab orang baru, takde cert apa2 in translation, memang susah jugak la nak dapat kepercayaan orang. Tapi, sebelum ni aku kerja sekejap dengan sorang translator, less than a year je. Belajar selok-belok sikit2, lepas tu aku bulatkan hati untuk jadi freelancer, dan buat dari rumah.

Sepanjang setahun jadi freelancer ni, ini pengalaman yang aku kutip, dan rasa sesuai dikongsikan.


1) Clients dari Malaysia kebiasaannya nak translator yang ada degree dalam bidang2 yang berkaitan benda yang nak ditranslate, atau degree in translation/linguistics, atau cert dr ITNM/DBP.


2) Clients dari luar tak berapa pedulik soal certs segala, cuma lebih suka kita senaraikan pengalaman kita, serta suruh kita buat test ringkas (200-250 words) untuk menilai kelayakan kita. Jadi, kalau kita nak cuba hantar resume ke mana2 translation agency, untuk apply jadi freelance translator, sila nyatakan yang kita bersedia utk buat sebarang test yg diorg perlukan, for free. Kalau test kita cemerlang, biasanya diorg akan terus offer jobs. 


3) Soal bayaran amat berbeza utk clients Malaysia dgn luar. Selalunya clients Malaysia ni, nak bayar lingkungan RM0.05/word. Ni pun siap bebel2 bagai, padahal dokumen ditranslate guna otak, lepas tu ditaip kemas2, bebas dari kesalahan. Lainlah kalau kita memang dah lama dalam bidang ni, bolehlah demand harga. Tapi, org yang dah lama jd translator, rasanya tak berapa pandang client tempatan. Client luar pulak, bayar in USD/Euro, guna Paypal, Moneybookers atau wire transfer. Rate aku sekarang USD0.05/word. Bulk job akan jd kadang2 USD0.04/word, biasanya untuk 10k words above. Kalau kerja pendek, dan urgent, boleh jadi USD0.10/word.


4) Utk subtitling, local clients akan bagi RM0.08/line, atau RM0.50-1.50/minit. Clients luar bagi USD1/min ke USD2/min. Highest rate utk subtitling aku dapat dari satu client di Eropah, Euro5/min. Amatlah gembira dapat client murah hati macam ni. Line bermaksud sebaris subtitle kat tv tu, x kira berapa perkataan dlm sebaris. Minit bermaksud minit keseluruhan drama/movie tu. Kalau 90mins, rate tu darab la 90. 1 minit run biasanya dlm 5 baris. 


5) Payment term biasanya 30-45 hari dari deadline project. Yang ni memang sedikit perit. Kena discuss sendiri dengan clients. Kalau individu, mungkin kita boleh mintak payment ASAP. Siap je keje, terus bayar. Kalau agencies, memang dia akan bayar dalam 30-45 hari. 


6) Personally aku lagi suka clients luar. Selain rate yang lebih mahal, diorg lagi profesional, pastu jarang menipu. Setakat ni aku dah kena tipu dek 3 org clients, semuanya Melayu. Malang2. Keje siap, dia pun senyap. Ribu2 juga lak rugi kat sini. Tapi aku anggap ni cabaran dan pengajaran. Jadi sekarang aku lebih suka ambik keje dari agencies. Walaupun payment lambat, tapi diorang bagi kontrak siap2.


7) Jobs kena bid. Rebut dgn freelancers/agencies sedunia. Website yang popular ialah : http://www.proz.com & http://translatorscafe.com Sini la tempat semua translators berhimpun. 


8)Aku buat English>Malay>English. Walaupun kita faham 10 bahasa pun, biasanya mereka nak native user untuk translate sesuatu bahasa. Jadi, orang Melayu selalunya akan dapat keje2 untuk bahasa Melayu Malaysia. Tapi kalau kita memang fasih bahasa2 lain, boleh jugak cuba.


Itu la serba sedikit yang boleh aku kongsikan. Aku pun baru lagi, jadi banyak lagi benda nak kena belajar. Taktik aku cari clients? Aku emel resume ke seberapa banyak translation agencies di seluruh dunia, dan buat apa-apa test diorg mintak. Kalaupun takde job dan2 tu, diorg akan simpan details kita, dan contact kita bila ada kerja. 


Setahun pertama memang masa struggle la, sebab kita kena rajin-rajin cari jobs. Tapi Alhamdulillah, sekarang dah boleh tolak jobs yang datang, sebab takde masa nak membuat. Kerja seminggu dah boleh cover gaji sebulan. Kira setanding la dengan kwn2 yang keje makan gaji. Kelmarin aku dapat offer jd fulltime translator dari 1 agency antarabangsa, dia bukak cawangan kat KL. Aku tolak, sebab aku tahu aku boleh dapat lebih dari gaji dia offer. 


Harap info ni membantu.


Sumber: http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=7991229&postcount=33



KURSUS:
1. http://www.itnm.com.my/training
Alamat: No. 2, Jalan 2/27E, Section 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur (Tel: 03-4149 7210 Faksimili: 03-4143 2939 E-mel:  info@itnm.com.my.

ITNMB ialah badan rasmi yang menjalankan penterjemahan, alih bahasa dan pertukaran maklumat ke pelbagai bahasa di peringkat nasional dan antarabangsa. Ia menawarkan perkhidmatan terjemahan, interpretasi multi-bahasa dan peneribitan termasuk kursus terjemahan bagi orang awam dan pekerja sektor swasta untuk mendapatkan kemahiran menterjemah.

RUJUKAN TAMBAHAN:
1. Buku Teori dan Teknik Terjemahan - Edisi Kemas Kini
Buku ini adalah rujukan utama bagi kursus terjemahan yang kini diajarkan di pelbagai institusi pengajian tinggi dalam negeri. Disertakan juga panduan menjalankan perkhidmatan penterjemahan secara komersial bagi mereka yang berhasrat menubuhkan biro khidmat terjemahan profesional.
Beli Online di sini http://www.bookcafe.com.my/my/technical-and-professional/teori-dan-teknik-terjemahan-edisi-kemas-kini.html

34 comments:

  1. menarik post ni..thanks for sharing. sy nk g test kt ITBM lusa. suspen jugak mcm mn la dorg nk test sy nti :P Lulusan biotek tpi mcm susah pulak keje.

    ReplyDelete
  2. assalam tuan. saya amat berminat untuk pelajari selok belok freelance translator. mohon tuan jadi sifu saya. tqvm, .hanajun13@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera Tuan, saya boleh buat translation dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris, jika ada contact tolong hantar saya. email saya nasuseela@gmail.com
    Terima kasih

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. saya mencari translator document dari bahasa inggeris ke bahasa china..
    sesiapa berminat hubungi whassap 0173639076...SEGERA

    ReplyDelete
  6. saya mencari translator document dari bahasa inggeris ke bahasa china..
    sesiapa berminat hubungi whassap 0173639076...SEGERA

    ReplyDelete
  7. Saya ingin menjadi penterjemah dari inggeris ke bahasa malaysia. Jika ada dokumen untuk di terjemahkan, sila hubungi saya di: khg3184@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Saya buat kerja terjemahan dan menyemak ejaan (proofreading) secara sambilan, dari BI kepada BM, laras sains, teknologi dan teknikal untuk laporan projek akhir, buku teks, tesis dan sebagainya. Berkelulusan B.Edu TESL dan diiktiraf oleh ITBN. Saya sedang mencari peluang terjemahan / semakan ejaan untuk memantapkan lagi hasil kerja saya. Hubungi saya di 019-3963532 atau e-mel ke mrh.2303@gmail.com untuk berkongsi pengalaman. Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Salam. Saya mula nak berjinak dalam bidang ni tapi saya tak ada pengalaman langsung. Boleh saya memohon sedikit perkongsian tetang peraturan bagi penterjemah macam saya?
    Jika encik tak keberatan untuk berkongsi titik permulaannya..sila hubungi saya di schoonheid4515@gmail.com. Terima kasih

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum. Saya seorang pelajar degree dalam bidang perakaunan dan masih lagi belajar. Tetapi, saya amat berminat dalam bidang penterjemahan ini kerana saya amat meminati bahasa inggeris. Saya amat berbesar hati sekiranya encik dapat menerangkan kepada saya tentang pengalaman encik serta langkah-langkah untuk menceburi bidang ini. bagaimana saya hendak menghubungi encik?

    ReplyDelete
  11. salam tuan, sy berminat untk bt freelance translator. boleh kongsikan contoh resume tuan? ada requirement2 lain tak diperlukan untk company consider pilih untk bt kerja?

    ni email sy; syazahisham91@gmail.com. Sy serius mencari pendapatan sampingan & berkebolehan dlm bidang bahasa, cuma sdg mencari saluran yg betul. Sy graduan luar negara dlm bidang biologi & biotechnologi, jd a plus point untk menterjemah artikel saintifik/teknikal, jika perlu.

    sy sgt appreciate klau tuan boleh hubungi sy & beri tunjuk ajar serba sedikit, sy budak baru belajar. ;P terima kasih

    ReplyDelete
  12. sy azie berkelulusan degree bhsa arab second lang..sy boleh trans arab-malay : arab -malay : eng -arab : arab - eng (blh email aziearbi2015@gmail.com) atau call 0146092467 / wsp 0103307573 tq..

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. salam tuan, saya berkelulusan ijazah dalam kejuruteraan elektrik dan elektrikal dari sebuah universiti dari Jepun dan kini bekerja sebagai engineer di sebuah kilang. Saya berminat untk bt part time freelance translator (English-Japan-English dan Malay-Japan-Malay). Boleh kongsikan contoh resume tuan?
    ni email saya shabiryasmin@gmail.com. Sy serius mencari pendapatan sampingan & berkebolehan dlm bahasa jepun,cuma tiada pengalaman dalam menterjemah dan mahu belajar cara yang betul untuk menterjemah.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum..
    Terima kasih di atas post sharing yang sangat menarik.
    Saya berminat untuk jadi part time freelance translator, tapi tak tahu bagaimana cara yang betul untuk memulakan kerjaya ni. Saya harap tuan boleh berikan tips bagaimana nak approach client dan moga tuan boleh kongsikan contoh resume pada saya.

    Terima kasih.
    aida.nmb13@gmail.com

    ReplyDelete
  16. Salam tuan, saya berminat hendak jadi translator sebagai partime job saya kerana saya tidak mempunyai apa2 skill.mohon tuan tunjuk ajar saya.. izzarahim89@gmail.com

    ReplyDelete
  17. Salam tuan saya belajar untuk kos translator sya ingin blajar skill dri tuan mohon tunjuk ajar ... safiyah.shaikfarid@gmail.com

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikom
    Saya Abdul Muiz lulusan degree bahasa arab.saya berminat untuk menterjemah arab-malay-arab dan arab-english-arab bersesuaian dengan bidang yg saya perolehi.mohon tunjuk ajar dari tuan...muiz270891@gmail.com atau 0137651613

    ReplyDelete
  19. Asssalamualaikum mister actually i'm planning to become a freelance translator but i need some advice plus i have some question i need to ask i would be really adjourned if you can text me at my gmail mohamad.aiman9606@gmail.com

    ReplyDelete
  20. Assalamua'laikum. Saya nk tnye, dari mana kita bole dapatkan atau beli software Trados utk pentrjemahan ye? Saya baru saje nk mnceburi bidang penterjemahan ni, jadi saya ingin belajar tips2 dari encik. Harap encik bole membantu dgn email kepada saya di karinamohammad@yahoo.com.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  21. Betul tu..5 tahun lepas, saya saja mahu mencuba nasib tak sangka dah jadi salah satu punca rezeki saya dan banyak pengalaman yang saya dapat sepanjang berada dalam dunia penterjemahan ni. Paling seronok bila client puji hasil terjemahan kita :) Siapa nak join training terjemahan saya boleh whatsapp saya di 019-2509626. Nak tanya apa-apa pun boleh :)

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum.
    1) Kalau start Freelance translating kerja2 terjemahan yang dicari dalam internet, bolehkah saya jadikan ini sebagai kerja tetap saya?

    2) boleh tak cik/tuan jadi guru saya dalam bidang translation ni? Sebab saya betul2 minat bidang ni tapi saya rasa macam agak lost sebab takde sokongan moral. Harap boleh emel saya, hannyzhamzah97@gmail.com

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum
    Saya juga berminat dengan kerja-kerja penterjemahan. Sudi kiranya menjadi mentor saya.
    Terima kasih

    ReplyDelete
  24. Saya pun berminat dengan kerja kerja penterjemahan tapi tak tahu macam mana nak mulakan... saya target nk terjemahkan buku dari b.inggeris kpd b.melayu

    ReplyDelete
  25. saya berminat dengan bidang penterjemahan ini.. sedang mencari peluang utk berjinak@.. kelulusan eng literature..berminat utk eng - malay, malay - eng.. email saya nma.miza@gmail.com

    ReplyDelete
  26. Saya ni guru bahasa inggeris sekolah rendah yang akan berpencen awal.Hobi saya membaca terutama bahan bacaan bahasa inggeris.Berminat dlm terjemahan bhs ing - bhs mlysia dr zmn remaja.Ingin cuba bidang ini walaupun dah dewasa kerana tak mahu fikiran bertambah lemah bila meningkat tua.Minta tunjuk ajar.

    ReplyDelete
  27. Saya ni guru bahasa inggeris sekolah rendah yang akan berpencen awal.Hobi saya membaca terutama bahan bacaan bahasa inggeris.Berminat dlm terjemahan bhs ing - bhs mlysia dr zmn remaja.Ingin cuba bidang ini walaupun dah dewasa kerana tak mahu fikiran bertambah lemah bila meningkat tua.Minta tunjuk ajar.

    ReplyDelete
  28. bagus tulisan Encik, Saya sudah pergi training di ITBM, tapi tak pernah buat kerja translator pun. Sebenarnyak kalau tak pergi ITBM pun ok, masih boleh pergi kelas di Persatuan Penterjemah malaysia.

    ReplyDelete
  29. Terima kasih atas artikel ini. Sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  30. Saya ada menyediakan perkhidamtan penterjemahan dokumen utk kegunaan embassy, Wisma Putra dll. setiap dokumen akan ada cop pengesahan. boleh hubungi saya di 0182500432.

    ReplyDelete
  31. salam. sy nak bertanya. bagaimana sekiranya jika kita mulakan sendiri kerja menterjemah untuk buku fiksyen. adakah potensi untuk mendapat klien akan cerah? terima kasih

    ReplyDelete
  32. salam nak tanya per patah perkataan tu maksudnya dikira bahasa sumber atau bahasa ditranslatekan.

    ReplyDelete