Pagi tadi di segmen saya di Awani Pagi, Astro Awani (ch 501), saya kongsikan 4 strategi meletakkan harga dalam perniagaan. Berikut adalah stratgei tersebut bagi yang terlepas:
Premium Pricing
Merujuk kepada meletakkan produk atau perkhidmatan kita pada harga yang tinggi. Ini adalah strategi yang baik apabila produk dan perkhidmatan kita mempunyai keunikan yang tersendiri serta mempunyai daya saing yang hebat dibandingkan dengan pesaing.
Premium pricing adalah baik apabila ia boleh memberi tanggapan kualiti yang amat hebat. Dengan menggunakan premium pricing, marjin keuntungan adalah lebih tinggi, dan ini akan menambahkan keuntungan sesuatu perniagaan dan memudahkan promosi seterusnya mengembangkan perniagaan tersebut. Premium pricing seringkali menambahkan kekuatan jenama sesuatu perniagaan…
Contoh: Mercedes…
Penetration Pricing
Merujuk kepada srategi meletakkan harga rendah pada permulaan untuk mendapatkan pasaran yang lebih besar, kemudia secara perlahan-lahan menaikkan harga. Tujuan meletakkan pada harga yang rendah adalah untuk meramaikan pelanggan di sesuatu pasaran. Apabila telah mendapat market share yang tinggi, harga mula dinaikkan perlahan-lahan…
Contoh: Astro…
Economy Pricing
Favorite bagai ramai usahawan meletakkan pada harga yang rendah untuk bersaing. Untuk menggunakan kaedah ini, kos pemasaran serta pembinaan/manufacturing perlu di turunkan.
Contoh: Air Asia…
Price Skimming
Meletakkan pada harga tinggi pada awal-awal pelancaran oleh kerana mempunyai daya saingan yang hebat dan keunikan yang hebat. Kemudian, secara perlahan-lahan menurunkan harga. Dengan kaedah ini, usahawan dapat memaksimakan keuntungan perniagaan pada awal-awal pelancaran. Harga dan keuntungan yang tinggi pada awal-awal biasanya akan menarik pesaingan, dan untuk bersaing, harga diturunkan pula…
Contoh: Handphone…
4 strategi meletakkan harga di atas adalah asas kepada kaedah meletakkan harga bagi produk atau perkhidmatan anda. Lepas ni, kalau anda takde idea nak letak harga produk atau perkhidmatan anda, anda boleh rujuk kepada 4 strategi ini…
Semalam juga, host, Dangsuria tanya saya… daripada 4 kaedah ini, kaedah mana yang saya paling suka. Jawapan saya: Premium Pricing!
Sedikit latihan untuk anda (dah lama saya tak beri latihan)…
Boleh tak anda berikan contoh yang lain, selain daripada contoh yang saya berikan di atas? Untuk mengasah minda anda tentang strategi meletakkan harga… have fun!
ps: Jangan lupa setiap Rabu jam 9.30am, saya kongsikan tip2 perniagaan di Astro Awani
Sumber: http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/strategi-meletakkan-harga-dalam-perniagaan/
0 comments:
Post a Comment